assalamualaikum..
jujur la aku cakap.apa yang kau tak puas hati sebenarnya??cuba kau cakap kat aku.tak puas hati kat orang sikit.update..yang teruk nya.kau bash budak tu tapi tak tau hal sebenarnya..ada ke budak MEMANG tuju khas untuk kau??aku tak paham la..orang yang beriman,dia takkan goyah dengan benda remeh macam ni..tapi??entah la..kau nak semua orang paham kau.semua nak menangkan kau..kalau boleh..semua kau lah..tapi..kau ada buat benda yang sama??jaga perasaan orang??kalau boleh..memang aku tak nak langsung gaduh gaduh ni..tapi..kau yang nak sangat..dah elok rapat..apa semua.tapi..disebabkan bende remeh temeh..sekecik semut weyh..tu pun kau nak bangkitkan?no matured u know..weyh.jiran yang kecik tu pandai berkompromi..ni kau yg dh besar..dah boleh kawin dah.takkan bende kecil tu pun tak leh mengalah..kau mengalah.nanti Allah bagi ganjaran..xkat dunia.kat akhirat sana..better kau jumpa depan depan la.senang.
Saturday, 30 August 2014
Sunday, 24 August 2014
hmm :'(
assalamualaikum..
aku memang xphm..kau suke cari kesalahan tp kau xnk cari kau punye kesalahan..entahla..dh penat aku ckp kat kau.terpulang..aku dh cakap..kau buat mcm tu,kau mmg xtakot ke orang akn buat bende yg same..?its up to you..aku cakap ni sebagai saudara islam kau..sebab aku pernah mengalami la aku tegur.aku xnk kau ulang balik kesalahan yg sama.cume kau je xphm..kau nk pendapat,kau dengar..klau xnk,..jgn minx.sbb buang mase org yg bg pendapat kat kau.hmm.buat mood study aku ilang je.
Saturday, 2 August 2014
kahwin muda 2 :')
assalamualaikum..
selepas beberapa bulan berkahwin,aku kini aku terpaksa menumpukan 80% kepada spm yang bakal dihadapi oleh pelajar tingkatan lima lagi beberapa minggu je..suami aku yang aku anggap separuh abang separuh suami dia banyak mengajar kalau aku tak paham..boleh la dapat..daripada tak da apa apa.dia banyak bagi dorongan dan semangat yang tidak terhingga..setelah tamat menjawab kertas terakhir,sudah tiba masanya aku bagi tau kawan kawan aku mengenai status aku sebenar.
aku:(alhamdulillah,dah tamat dah peperiksaan yang paling........lepas ni boleh la kita enjoy!!)kata aku dengan riangnya sambil memeluk kawan kawan aku.
lisa:(aah la..lepas ni,boleh la tidur yang sepuas puasnya)jawab lisa sambil melebarkan tangannya dan memejamkan mata.
siti:(tidur je kerja)
aku:(girls,actually aku ada sesuatu yang nak cakap kat korang.firstly,aku nak minta maaf sangat sebab selama ni aku tipu korang,lepas tu aku tak cakap kat korang.bukan aku tak percaya kat korang,tapi aku nak concentrate dekat spm dulu.jadi,aku terpaksa bagitau korang lambat..hmm..sebenarnya aku dah kahwin.)aku berkata sambil menundukkan muka..
lisa:(eleh,nak prank kitaorang pun,agak agak lah..nikah kahwin ni bukannya boleh dibuat main main..kan??)tanya lisa kepada siti yang sedang leka bermain mesej.
siti:(aah weyh,benda ni mana boleh dibuat main main..kitaorang tau lah yang kau nak kahwin awal kan??)
Ya Allah,diaorang ni..bila aku cakap betul betul,pikir main main.bila aku main main,korang ambik serious pulak.tak paham betul*desis aku dalam hati*
aku:(la.betul la yang aku dah kahwin..kalau tak percaya,tunggu nanti suami aku ambik aku)
setelah berjumpa dengan semua kawan...
siti:(weyh,jom lepak dekat cafe depan sekolah..nanti,kau balik dari sana je la.lagipun,tahun depan kita dah kena pergi jauh)
lisa:(ok jugak idea kau..kau may,cam mana?nak ikut tak?)tanya lisa kepada aku yang sedang leka main phone.
aku:(hah??erm..ikut korang la..)
selepas tamat sesi menagkap gambar terakhir,kami pun bergerak ke cafe depan sekolah.cafe tu lah yang menjadi tempat kebanyakan pelajar di sekolah ini..tempatnya yang stretegik,selesa dan banyak kemudahan yang disediakan adalah salah satu tarikan yang terdapat di cafe itu.hampir dua jam kami meluangkan masa bersama sama,tiba lah masa untuk balik.
siti:(may,mana orang yang kau cakap tu??boleh tak kitaorang tumpang kau?nak tunggu bas lambat la.)
aku:(kejap,dia tengah ontheway.erm.rasanya boleh kot tumpang)
kira kira 5minit kemudian,orang yang ditunggu tunggu datang.setelah dia turun dari kereta,aku perkenalkan dia kepada kawan kawan aku.
aku:(guys,meet my lovely husband,Shah.awak,ni lisa dan yang ni siti.)kata aku dengan bangganya kepada lisa dan siti yang berdiri di depan aku dan dia.
shah:(owh..ni ke kawan kawan awak yang selalu awak cerita?hai,nice to meet guys)
aku:(awak,diaorang ni nak tolong tumpangkan sebab takut bas lambat datang.boleh??)
shah:(boleh je..jom la)sambil membukakan pintu untuk aku.
dalam perjalanan hantar diaorang,banyak cerita yang kami bercerita..selepas hantar diaorang,shah terus ke restoran untuk meraikan aku..
selepas keputusan spm keluar,kami membuat bacaan doa selamat untuk aku kerana dapat keputusan yang cemerlang dan dikesempatan itu,aku memberitahu kepada kawan kawan aku yang tidak tahu pasal perkahwinan aku..rata rata daripada mereka amat terkejut dan berdoa agar kami kekal hingga ke jannah.
-cerita yang ringkas sebab ayat sekolah rendah.ending yang terlalu ringkas sebab dah xlarat tulis :)
Friday, 1 August 2014
kahwin muda :')
assalamualaikum..
hari ni,tepat umur aku 17tahun..tapi hari ku tak seperti budak budak lain yang sedang membuat persediaan untuk spm yang bakal menjelang pada hujung tahun ni.yang bezanya antara aku dan orang lain ialah status ku yang telah bertukar menjadi 'married'..perkahwinan yang aku langsung tak menjangkannya berlaku dalam sekelip mata.apa yang paling aku tak inginkan terjadi.walaupun mengejut,aku percayakan ketentuan yang dibuat.mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ini.
Selepas majlis persandingan yang kecil kecilan,aku masuk ke dalam 'bilik pengantin' untuk merahatkan diri selepas penat melayan tetamu selama sehari.aku masuk lalu mehempaskan badan keatas tilam yang dihias sambil memejamkan mata.tiba tiba ada orang ketuk pintu dan memberi salam..aku pantas bangun dan membuka pintu untuk melihat siapakah yang mengacau rehat yang masih bersisa itu.
aku:(waalaikumussalam,sapa yang kacau kakngah rehat ni?tak tau ke penat kena layan tetamu tadi??)tanya aku sambil berdiri dipintu dan menutup mata.
jawab orang yang mengetuk:(erm..abang yang ketuk pintu.kenapa?tak boleh ke?kalau tak boleh,tak pe.abang tidor je kat luar ni ha.biar semua nampak,abang malam pertama tidor kat luar.bukan dengan isteri)
aku:(hmm..yelah yelah..masuk la cik abang intan payung)perli aku lalu memberi sedikit ruang untuk masuk.
suami:(cantik bilik ni..luas,hiasan pun simple.ala ala english style..bilik pun wangi,ada sofa,ada tv,ada tandas.hmm...biar abang perkenalkan diri.nama abang seperti yang awak dengar masa akad nikah tadi,umur 22tahun.dah ada kerja tetap.alhamdulillah.)katanya sambil menjelah segenap ruang bilik aku dan kemudiannya duduk di birai katil sebelah aku.
aku:(owh.jadi kenapa awak kahwin dengan saya ye?yelah,saya still student,muda lagi,nak masak semua tak pandai.nanti saya nak cakap apa dengan kawan kawan saya yang saya dah kahwin?mesti dieorang gelakkan saya.)
suami:(saya kahwin dengan awak sebabnya...sebabnya..rahsia..awak tak payah la bagi tau dieorang lagi.tunggu lepas result spm ke..tak pun,tak payah bagitau senang.)
aku:(rahsia pulak..mana aci..awak cakap senang la.sebab awak tak rasa.awak dah tua.saya muda lagi..sebaya saya ni patut enjoy lagi waktu muda ni.bukannya kahwin..)aku berjalan ke sofa sambil hentakkan kaki dengan manja.
suami:(awak,apa yang awak rasa,saya pun rasa.saya paham semua tu.takpe,saya janji.awak akan rasa semua yang sepatutnya seorang remaja rasa kecuali bercouple.boleh?)tanya suami sambil memandang aku yang sedang duduk di sofa berhadapan dengannya.
aku:(hmm..nanti saya fikirkan tawaran awak tu.hehe..awak..saya nak tidor la..boleh tak awak pergi mandi dulu..sebab saya macam ada bau something la.awak ada bau tak?)aku tanya dia sambil menutup hidung dengan bantal kecik.
suami:(jahatnya dia..boleh tapi dengan satu syarat.awak kena panggil saya abang tak kira masa dan dimana.boleh?kalau tak,saya tidor kat atas tilam ni sorang sorang dengan tak mandi.biar bilik ni berbau masham(masam).sebab saya lagi tua dari awak.)jawabnya sambil buka baju dan baring ke belakang.
aku:(erm..lepas awak mandi baru saya panggil.saya janji.cepat la pergi mandi.)aku berkata sambil pukul dia dengan menggunakan bantal yang ada disebelahnnya.
suami:(janji erk..tak baik tau kalau tak tunaikan janji sebelum tidor..kang buat nya masa tidor nanti....)jawabnnya sambil berlalu ke dalam tandas.
sementara menunggu dia selesai mandi,aku main wassap dengan kawan kawan.yelah,miss sekejap walaupun 5minit,dah beratus mesej yang masuk.entah apa yang dibualnya pun tak tahu la.sedang leka main phone,tiba tiba pintu tandas terkuak dari dalam.
suami:(awak,baju dengan kain dekat mana?)
aku:(tu,atas katil.saya dah letakkan.saya tak tahu sama ada ok ke tak.awak tengok lah.kalau tak sesuai,awak boleh cakap.nanti saya ambikkan yang lain.)jawab aku sambil tangan lincah menjawab khabar dari kawan kawan.
suami:(tak pelah,saya pakai je apa yang isteri saya bagi.kalau dia bagi pakai boxer je.saya pakai.baru sexy sikit kan??)jawabnya sambil sandar atas katil.
aku:(huk..huk..awak sexy,kejap.awak kata awak sexy?biar betul.ahaha..)aku tergelak sampai sakit perut.
suami:(awak gelakkan saya?awak tak tengok lagi,boleh la cakap macam tu..dah lah gelak tu.kang kat luar tu pikir apa pulak.awak tak nak tidor ke?tengok jam dah pukul berapa tu.meh sini tidor sebelah saya ni..meh)jawabnya sambil menepuk nepuk sebelahnya.
aku:(ahaha..erm..ok)jawabku dengan lambat.yelah.mana pernah tidor dengan lelaki.sekatil pulak tu.
suami:(jangan risau..saya tak kacau.lagipun saya penat sangat malam ni..jom lah tido cepat.)*macam tau tau je*
aku:(betul erk?kalau tipu,siap awak..erm..awak..nak tangan kanan?)jawab aku sambil panjat katil dan duduk bersila sebelah dia.
suami:(nak buat apa?nak peluk ke?nah.)
aku:(nak salam lah.maafkan saya kalau saya ada buat salah ke,terkasar bahasa ke sepanjang awak kenal saya ni)jawab aku sambil meraih tangannya dan salam untuk lamanya.
suami:(takda lah.awak tak buat salah apa pun dengan saya.dah.jom tidor.)